Penagih nekad terjun dari tingkat 1

Suspek cuba terjun dari tingkat satu di sebuah pangsapuri di Pandamaran, Klang, di sini, semalam.
Suspek cuba terjun dari tingkat satu di sebuah pangsapuri di Pandamaran, Klang, di sini, semalam.
A
A
A

KLANG - Seorang penagih dadah yang melarikan diri dengan cuba terjun dari tingkat satu sebuah pangsapuri di Pandamaran gagal apabila diberkas anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Klang dalam Ops Perdana, semalam.

Ketika kejadian, suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu sedang melepaskan gian menghisap dadah bersama tujuh lagi rakannya di tangga pangsapuri terbabit.

Operasi di sekitar Kampung Delek, Sungai Udang, Kapar, Pandamaran serta Telok Gong yang bermula pada jam 9 pagi itu turut mendapat kerjasama AADK Petaling Jaya, AADK Hulu Selangor serta Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Ketua operasi AADK Klang, Ezwan Shahrin Saihani berkata, operasi yang tamat pada jam 10 malam itu berjaya memberkas 40 individu termasuk dua wanita berusia lingkungan 16 hingga 63 tahun dan kesemua mereka positif dadah syabu, ganja dan heroin.

Antara individu yang ditahan AADK dalam Ops Perdana di Pandamaran, Klang, semalam. (Mohon blurkan muka.Tq)
Antara individu yang ditahan AADK dalam Ops Perdana di Pandamaran, Klang, semalam. (Mohon blurkan muka.Tq)

"Tindakan telah diambil di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, operasi berkenaan akan diteruskan dengan kerjasama agensi penguatkuasa lain dalam usaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah.

Artikel Berkaitan: