X

Kindly register in order to view this article
!

Carsome perkenal cara baharu beli kereta terpakai

Pusat Pengalaman Carsome yang terletak di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.
A
A

CARSOME melancarkan segmen perniagaan-ke-pengguna (B2C) yang menawarkan cara baharu untuk membeli kereta terpakai secara rasmi sempena pembukaan kedai utamanya, Pusat Pengalaman Carsome di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Pengasas Bersama dan Pegawai Eksekutif Carsome, Eric Cheng berkata, bisnes baharu berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan platform bisnes kereta terpakai untuk menyelesaikan kepayahan dihadapi industri kereta terpakai.

Menurutnya, ia sejajar dengan misi Carsome untuk meningkatkan nilai kepercayaan dalam seluruh rantaian bekalan industri kereta terpakai daripada sumber, pembiayaan, peruncitan sehingga perkhidmatan selepas jualan.

“Cara baharu ini bermula dengan melayari model kereta dengan maklumat terperinci dan membuat tempahan pandu uji secara dalam talian yang mana pandu uji sebenar akan dijalankan di Pusat Pengalaman Carsome.

“Selepas pengesahan pembelian, Carsome akan menguruskan proses keseluruhan bagi pelanggan untuk memastikan pengalaman dari atas talian ke luar talian yang lancar dan senang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, melalui pelancaran segmen bisnes berkenaan pihaknya berjaya mewujudkan saluran pemerolehan pelanggan baharu, sekali gus menjual lebih banyak kereta melalui jangkauan pemasaran yang luas.

Katanya, ia merupakan perkhidmatan eksklusif dan tambah nilai untuk rakan kongsi kami; mereka kini dapat menyenaraikan kereta mereka di laman web Carsome secara percuma.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!