Lewandowski layak menang Ballon d'or

Lewandowski
Lewandowski
A
A
A

PENYERANG Bayern Munich, Robert Lewandowski berhak memenangi anugerah Ballon d'or selepas persembahan cemerlangnya sepanjang tahun ini.

Bekas penyerang Portugal, Nuno Gomes berkata, anugerah tersebut tetap perlu diadakan musim ini bagi menghargai sumbangan terutamanya mengiktiraf kerja keras pemain seperti Lewandowski.

Sebelum ini, penganjur Ballon d'or telah memutuskan anugerah tersebut tidak akan diberikan tahun ini ekoran musim yang terbantut berpunca daripada pandemik Covid-19.

"Saya berasakan dia berhak memenangi Ballon d'Or jika diberikan. Dia seorang penyerang yang berbisa jika anda berdepannya. Anda perlu memerhatikan setiap gerak gerinya kerana jika anda memberikan ruang, dia akan menjaringkan gol.

"Salah seorang penyerang terbaik ketika ini, sudah pasti. Tiada siapa yang mampu menandinginya ketika ini dan tidak adil jika anugerah tersebut dibatalkan," katanya.

Lewandowski meledak 55 gol dalam semua pertandingan musim ini selain membantu Bayern memenangi kejuaraan treble musim ini.

Dalam pada itu, Gomes turut percaya bintang sensasi Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe mampu menjadi pemain terbaik dunia walaupun gagal membantu pasukannya menjulang trofi Liga Juara-Juara.

"Mbappe memiliki ruang untuk memperbaiki kemampuannya.Saya mempercayainya, dia mampu menjadi antara barisan pemain terbaik dunia bagi tahun akan datang.

Artikel Berkaitan:

"Seorang pemain yang berpotensi, berbakat, pantas dan kadangkala mengubah keputusan perlawanan," katanya.