X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Penunggang motosikal maut digilis lori

Mangsa maut di lokasi kejadian selepas digilis sebuah lori di Kilometer 138.4 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur Perai di sini pagi tadi.
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori di Kilometer 138.4 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur Perai di sini pagi tadi.

Dalam kemalangan jam 10.40 pagi itu, mangsa, Koay Teng Yam, 62, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, lelaki berkenaan dalam perjalanan dari Seberang Jaya menghala ke Kawasan Perusahaan Perai dikatakan terjatuh daripada motosikal ditungganginya sebelum digilis sebuah lori dari arah belakang.

"Pemandu lori berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Setakat ini punca kemalangan masih dalam siasatan dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shafee berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil ke mana-mana balai polis untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!