Petronas peruntuk RM874.3 juta bagi program PESP

Sebanyak RM874.3 juta diperuntukkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk membiayai lebih 3,426 pelajar di peringkat pengajian tinggi di seluruh negara menerusi Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP).
Sebanyak RM874.3 juta diperuntukkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk membiayai lebih 3,426 pelajar di peringkat pengajian tinggi di seluruh negara menerusi Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM874.3 juta diperuntukkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk membiayai lebih 3,426 pelajar di peringkat pengajian tinggi di seluruh negara menerusi Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Arthur Joseph Kurup berkata, jumlah itu melibatkan tajaan bagi tempoh 2010 sehingga 2019.

Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan 3,426 itu, seramai 575 orang atau 17 peratus dengan kos tajaan melebihi RM100 juta membabitkan pelajar dari Sabah dan Sarawak.

"Bagi negeri Sarawak, seramai 245 orang pelajar menerima tajaan. Daripada jumlah tersebut, seramai 163 orang pelajar ditaja untuk mengikuti pengajian universiti tempatan dan 82 orang ditaja untuk pengajian di universiti luar negara.

"Bagi pelajar Sarawak pula, seramai 330 orang telah mendapat tajaan dan daripada jumlah itu, seramai 234 pelajar ditaja mengikuti pengajian di universiti tempatan manakala selebihnya di universiti luar negara," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Awang Husaini Sahari (PH-Putatan) mengenai peratusan pelajar Sabah dan Sarawak yang mendapat tajaan Petronas.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Arthur Joseph turut memaklumkan bahawa secara keseluruhan sebanyak RM3 bilion telah dibelanjakan Petronas menerusi program pendidikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sejak 1975 sehingga kini yang memberi manfaat kepada lebih 36,000 orang.

Artikel Berkaitan: