TNB potong bekalan elektrik premis judi

Anggota polis dan kakitangan TNB melaksanakan operasi bersepadu memotong bekalan elektrik premis judi di Ampang Jaya semalam.
Anggota polis dan kakitangan TNB melaksanakan operasi bersepadu memotong bekalan elektrik premis judi di Ampang Jaya semalam.
A
A
A

AMPANG - Sebanyak 10 premis yang disyaki terlibat aktiviti perjudian dalam talian di Ampang Jaya, di sini dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd Azam Ismail berkata, tindakan pemotongan elektrik itu diambil bagi mengekang aktiviti perjudian di daerah itu.

"Operasi bersepadu itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dengan kerjasama TNB bermula jam 12.30 tengah hari," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Mohd Azam berkata, tindakan pemotongan elektrik oleh kakitangan TNB mengikut Undang-Undang di bawah Seksyen 38 (1A) Akta Bekalan Elektrik (Pindaan 2001).

"Kita juga bertindak mengikut Undang-Undang Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289 - Pindaan 2001) dengan kuasa-kuasa yang telah diberikan di bawah seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289 - Pindaan 2001) ke atas premis yang menjalankan kegiatan perjudian," katanya.

Artikel Berkaitan: