Rumah pusaka terbakar, sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Abd Khalid pasrah apabila rumahnya musnah dalam kebakaran semalam.
Abd Khalid pasrah apabila rumahnya musnah dalam kebakaran semalam.
A
A
A

KUANTAN - Pasangan suami isteri bersama dua anak mereka di Kampung Mahkota Jalan Gambang-Kuantan di sini tinggal sehelai sepinggang selepas rumah pusaka didiami terbakar semalam.

Kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Abd Khalid Arshad, 61, dan isterinya, Siti Hamsiah Shaarani, 41, kerugian hampir RM100,000

akibat kebakaran itu.

Abd Khalid yang tidak lagi bekerja selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa berkata, ketika kejadian, dia keluar ke kedai, isterinya pulang ke kampung manakala dua anaknya keluar bekerja.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia mengesan bau bahan plastik terbakar, namun usaha mengesan punca bau itu disyaki pada pendawaian elektrik bahagian dapur, bilik dan ruang tamu gagal.

"Saya kemudian keluar rumah untuk mengambil barang di sebuah kedai yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah selepas menerima panggilan daripada syarikat penghantaran barangan.

"Selepas itu, saya menerima daripada jiran menyatakan rumah saya terbakar. Pada ketika itu hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan hati ini" katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mahkota hari ini.

Artikel Berkaitan:

Abd Rahim (kiri) bersama agensi berkaitan mengadakan melawat rumah Abd Khalid (dua dari kanan) di Kampung Mahkota Jalan Gambang-Kuantan di sini yang musnah dalam kebakaran semalam.
Abd Rahim (kiri) bersama agensi berkaitan mengadakan melawat rumah Abd Khalid (dua dari kanan) di Kampung Mahkota Jalan Gambang-Kuantan di sini yang musnah dalam kebakaran semalam.

Katanya, apabila sampai di rumah, dia mendapati api marak dan dalam masa 15 minit rumah papan yang didiaminya musnah.

"Saya tidak pasti punca kebakaran berlaku. Bahagian Forensik Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang melakukan siasatan," katanya.

Abd Khalid bagaimana berkata, ujian yang diterima begitu berat untuk dihadapi apabila semua harta benda yang dikumpul sebelum ini musnah dalam sekelip mata.

Namun, katanya, dia bersyukur kerana semua dokumen peribadi mereka sekeluarga telah dibawa pulang ke kampung di Jengka, Maran, pada minggu lalu.

"Kini saya sudah tiada rumah, tapi buat masa ini saya terpaksa menumpang rumah adik di Kampung Jaya Gading.

"Kami tidak pasti sampai bila kami sekeluarga menjadi penumpang kerana perbelanjaan membina rumah baru begitu tinggi kini," katanya.

Walaupun ujian diterima terlalu berat, namun dia reda dan menganggap pasti ada hikmah di sebalik kejadian.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Datuk Abd Rahim Muda berkata, Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar sudah memberi bantuan segera wang tunai RM1,000 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang bagi meringankan beban mangsa.

"Saya melihat masyarakat setempat, surau dan agensi kerajaan turut tampil memberi sumbangan kewangan dan barangan keperluan harian," katanya yang melawat lokasi kejadian.