X

Kindly register in order to view this article
!

Gnarby gagal di Arsenal, menyerlah di Bayern Munich

Serge Gnabry
A
A

ARSENE WENGER mengakui bahawa dia sangat sedih melihat Serge Gnabry meninggalkan Arsenal pada ketika mengetahui tonggak Bayern Munich itu memiliki karakter diperlukan untuk bergelar pemain bintang.

Bekas pengendali The Gunners itu sebelum ini menandatangani pemain Jerman dari VfB Stuttgart pada 2011 untuk pelapis kelab berkenaan.

Namun Gnabry yang bergelut untuk memasuki skuad senior kemudian gagal menyerlah secara pinjaman di West Bromwich akibat kecederaan mengambil keputusan kembali ke Jerman.

Di Bundesliga menyertai Werder Bremen dengan yuran perpindahan 5 juta pound pada 2016 sebelum di rekrut Bayern Munich setahun kemudian.

"Secara jujur saya cukup terkilan dengan keadaan Gnabry sepanjang berada di utara London apatah lagi saya membelinya pada usia 15 tahun dari VfB Stuttgart.

"Kami buat perjanjian dengan dia, saya telah memberi dia secara pinjaman kepada West Brom namun dia tidak bermain langsung. Apabila dia kembali bersama Arsenal masalah kecederaan terus membelenggu dia.

"Kami bekerja keras dengannya selama enam bulan dan dia mendapat tempat bersama skuad Bawah 21 tahun sebelum Bayern Munich merekrutnya dari Werder Bremen.

"Dia mahu menyertai Arsenal tetapi tidak mahu memanjangkan kontraknya dengan kelab ini dan saya sangat sedih.

"Tetapi kami tidak dapat memujuknya kerana saya tahu dia akan mempunyai karier yang hebat pada masa depan."

Gnabry kini berada dalam prestasi terbaik sepanjang 45 penampilan, 23 gol dan 14 bantuan gol, pemain berusia 25 tahun itu berjaya membantu Bayern Munich meraih kejuaraan Bundesliga dan Piala Jerman kini dalam pemburuan kejuaraan Liga Juara-Juara.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!