Wenger ramal Arsenal juara EPL musim depan

Arsene Wenger
Arsene Wenger
A
A
A

ARSENE Wenger meramalkan Arsenal akan memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Legenda The Gunners itu yakin skuad kendalian Mikel Arteta telah belajar bagaimana menangani tekanan perebutan kejuaraan dan boleh sekali lagi menyaingi kemampuan Manchester City.

"Saya percaya Arsenal akan memenangi kejuaraan dan ia semudah itu," katanya.

Arsenal juga telah berbelanja besar membawa masuk Declan Rice, Kai Havertz dan Jurrien Timber pada musim panas ini.

Bagi Wenger, kelab itu sedang membina skuad yang boleh bersaing untuk merebut trofi sama ada dalam jangka pendek dan panjang.

"Jika saya mempunyai wang mengapa tidak? Kini, Arsenal berada dalam keadaan kewangan yang baik dan mereka telah berbelanja dengan misi untuk memenangi kejuaraan.

"Saya fikir ia adalah pelaburan yang baik dan secara keseluruhan saya fikir mereka telah membuat pembelian yang baik. Mereka semua matang, berumur 23 dan 24 tahun, masih muda supaya mereka boleh kekal bersama selama beberapa tahun.

"Sudah tentu mereka berada di bawah lebih banyak tekanan tahun ini tetapi mereka belajar tahun lepas dan menunjukkan boleh menangani tekanan seperti itu," katanya.