Wan Kuzri tekad pacu Harimau Muda

Aksi Wan Kuzri (tengah) semasa perlawanan persahabatan menentang Selangor 2 berkenaan. -Foto: FB FAM Asiana.my
Aksi Wan Kuzri (tengah) semasa perlawanan persahabatan menentang Selangor 2 berkenaan. -Foto: FB FAM Asiana.my
A
A
A

PEMAIN skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara, Wan Kuzri Wan Kamal bertekad menjadi 'pemimpin' dalam mengemudikan skuad Harimau Muda itu untuk pergi lebih jauh pada masa depan.

Jelas pemain Akademi Bolasepak St Louis di Amerika Syarikat itu, beliau percaya hasrat itu mampu menjadi kenyataan dengan pengalaman dipacu karakter, disiplin dan kerja keras dalam kalangan pemain negara

Bagaimanapun katanya, untuk mendapatkan status itu, beliau terlebih dahulu perlu konsisten membuktikan keupayaannya bagi meraih keyakinan dan kepercayaan pemain lain.

“Saya mahu menjadi ‘pemimpin' dalam pasukan ini. Jadi saya perlu menjadi lebih baik dan tampil lebih yakin bersama pemain lain setiap minggu.

“Saya mahu membawa pasukan ini ke tahap yang belum pernah dicapai dan itulah sebabnya saya berada di sini. Lagipun, aksi bola sepak di Amerika Syarikat (AS) serupa dengan aksi bola sepak di negara ini.

“Namun terlebih saya perlu membuatkan pasukan menaruh kepercayaan kepada saya, selagi saya yakin dengan diri saya, pasukan juga akan menaruh keyakinan kepada saya,” kata pemain berusia 18 tahun itu selepas aksi persahabatan menentang Selangor 2 di Pusat Latihan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), kelmarin.

Mengenai aksi berdepan pasukan Liga Premier itu yang menyaksikan skuad kendalian Brad Maloney itu tewas 4-0, Wan Kuzri mengakui dirinya dan beberapa pemain melakukan kesilapan selepas menerima tekanan hebat lawan.

“Bagi saya, semua orang melakukan kesilapan dan Selangor 2 telah memberikan tekanan hebat kepada kita dan seterusnya menghukum kita.

Artikel Berkaitan:

“Perkara seperti ini sering berlaku, namun kami masih perlu belajar kemudiannya meneruskan perjalanan kami,” katanya.