Skim trafik baharu berkesan

Perubahan sistem lalulintas baharu di Persimpangan Bertingkat Jalan Majlis mulai 15 Disember tahun lalu.
Perubahan sistem lalulintas baharu di Persimpangan Bertingkat Jalan Majlis mulai 15 Disember tahun lalu.
A
A
A

PETALING JAYA- Pelaksanaan skim trafik baharu di persimpangan bertingkat Jalan Majlis Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) bermula 15 Disember tahun lalu menunjukkan perkembangan sangat positif.

Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak), Sazally Saidi berkata, maklum balas itu diterima selepas lima minggu sistem bagi melancarkan aliran trafik di persimpangan yang mempunyai lampu isyarat empat fasa dijalankan.

"Dulu tempoh menunggu di lampu isyarat sangat lama tapi menerusi sistem ini ia dapat dikurangkan daripada sembilan minit kepada tiga minit sahaja.

"Malah, panjang kenderaan yang beratur satu-satu masa juga dikurangkan sehingga 80 peratus," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, hasil diperoleh dalam tempoh percubaan mendapati sistem itu sangat bagus dan melebihi jangkaan ditetapkan.

"Tempoh percubaan sistem ini akan tamat pada Mac nanti dan susulan perkembangan positif yang kita terima daripada pengguna khususnya penduduk sekitar, Litrak bercadang mengekalkan sistem ini," katanya.

Sebelum ini, perubahan trafik yang dibuat menerusi skim itu adalah perubahan laluan dengan melibatkan pengurangan lampu isyarat sedia ada daripada empat fasa kepada tiga fasa.

Perubahan laluan itu membabitkan penutupan trafik dari Puchong melalui jalan susur ke Jalan SS7/3 dan pengguna perlu menggunakan Jambatan Bertingkat Jalan Majlis kemudian membelok ke kiri (Jalan SS7/9) menghala ke arah Jalan SS7/3.

Artikel Berkaitan:

Bagi trafik dari Kelana Jaya dan Kepong ke Jalan SS8/8 juga turut ditutup dan pengguna perlu membelok kiri ke Jalan Majlis kemudian membuat pusingan U menghala ke arah Jalan SS8/8.

Sazally berkata, Litrak juga dalam proses melaksanakan skim trafik serupa di persimpangan Taman Megah dan Bandar Utama.

Bagaimanapun katanya, perkara itu masih dalam pertimbangan.

Terdahulu, skim trafik yang sama berjaya dilaksanakan Litrak dengan kerjasama pihak majlis berkuasa tempatan (PBT), di beberapa kawasan lain antaranya di SS2 dan Serdang.