MPOB rangka strategi tingkat eksport sawit ke Iran

Ahmad Jazlan menyampaikan buku cenderamata kepada Ali Asghar (kiri) selepas kunjungan hormat di pejabatnya, hari ini.
Ahmad Jazlan menyampaikan buku cenderamata kepada Ali Asghar (kiri) selepas kunjungan hormat di pejabatnya, hari ini.
A
A
A

BANGI – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan merangka strategi bagi meningkat semula eksport minyak sawit ke Iran yang akhir ini menunjukkan penurunan rentetan daripada pandemik Covid-19.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, impak Covid-19 memberi kesan ketara kepada industri tempatan di mana nilai perdagangan dan eksport sawit negara ke berkenaan kelihatan menguncup.

“Pada tahun 2019, Malaysia mengeksport sebanyak 575,127 tan produk berasaskan sawit dengan nilai sebanyak RM1.368 billion ringgit ke Iran dengan pecahan seperti minyak sawit 521,669 tan, minyak isirung sawit 26,924 tan, oleokimia 11,600 tan dan produk siap sawit 14,934 tan.

“Bagi tempoh Januari sehingga Jun 2020, nilai eksport adalah sebanyak 74,084 tan dengan pengucupan sebanyak 73.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan selepas Ahmad Jazlan menerima kunjungan hormat Duta Besar Iran ke Malaysia, Ali Asghar Mohammadi di ibu pejabat MPOB di sini hari ini.

AHMAD JAZLAN
AHMAD JAZLAN

Artikel Berkaitan:

Katanya, dalam pertemuan selama 45 minit itu, mereka membincangkan hal-hal berkaitan kelangsungan sawit Malaysia yang dieksport ke negara Iran.

Dalam perbincangan itu juga, Ahmad Jazlan berkata, kedua-dua pihak turut menekankan strategi dan mekanisma untuk meningkatkan jumlah eksport ke Iran dan secara tidak langsung ia akan membantu pekebun-pekebun sawit dan penggiat industri sawit di Malaysia.

“Pertemuan pada hari ini pastinya akan membantu meningkatkan kembali nilai eksport sawit pada masa akan datang."

“Sekiranya jumlah eksport kembali meningkat, ia bukan sahaja membantu ekonomi negara, manfaat juga akan dapat dinikmati oleh pihak yang terlibat secara langsung dengan industi sawit negara dan harga akan melonjak dan mengukuh ke paras yang lebih baik,” katanya.