NUTP kesal penyebaran video ayah pandai masak ketum

Tangkap layar video tular yang dipercayai dirakam seorang guru mengenai seorang murid mengaku ayahnya pandai memasak ketum.
Tangkap layar video tular yang dipercayai dirakam seorang guru mengenai seorang murid mengaku ayahnya pandai memasak ketum.
A
A
A

SHAH ALAM - Penyebaran video seorang murid yang mengaku bapanya pandai memasak air ketum selepas menjawab soalan gurunya tidak sewajarnya berlaku.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Amiruddin Awang berkata, beliau telah melihat rakaman video yang tular di media sosial namun tidak mengetahui bagaimana punca sebenar video berkenaan boleh tular.

Menurutnya perkara itu tidak berlaku jika semua pihak sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka.

“Saya yakin guru yang bertanyakan kepada murid berkenaan tidak ada niat tersembunyi semasa merakamkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

“Semua guru sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak murid dan pihak NUTP juga yakin bahawa jawapan murid tersebut semasa ditanya di luar jangkaan guru itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi video tular berdurasi 14 saat itu menunjukkan seorang murid mengangkat tangan dan mengatakan bapanya pandai memasak air ketum selepas menjawab soalan gurunya diikuti gelak ketawa rakan sekelasnya.

Menurut Amiruddin, pihaknya meminta semua pihak bertenang dan memberi ruang kepada Kementerian Pendidikan Malaysia menjalankan siasatan.

NUTP juga menggesa guru lebih berhati-hati dalam kecanggihan teknologi supaya mengendali dan menguruskan media sosial supaya tidak melakukan perkara di luar batasan sehingga menjejaskan nama institusi perguruan.

Artikel Berkaitan: