Nelayan Vietnam tenggelamkan bot elak ditahan APMM

 Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengawal sebahagian daripada 111 nelayan Vietnam yang ditahan menerusi Op Kuda Laut di Pengkalan Maritim Kemaman semalam. Foto: Bernama
Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengawal sebahagian daripada 111 nelayan Vietnam yang ditahan menerusi Op Kuda Laut di Pengkalan Maritim Kemaman semalam. Foto: Bernama
A
A
A

CHUKAI -Nelayan Vietnam sanggup menenggelamkan bot mereka bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), selepas ditangkap menceroboh dan mencuri hasil laut.

Pengarah Maritim Negeri Pahang Laksamana Pertama Maritim Amran Daud berkata, taktik tersebut dikesan dilakukan awak-awak yang menaiki sebuah daripada sembilan bot Vietnam yang ditahan dalam Op Kuda Laut, di perairan pantai timur pada 16 dan 17 Ogos lalu.

Katanya tujuh buah bot ditahan pada jarak 68 hingga 147 batu nautika dari Kuala Kemaman, manakala dua tangkapan bot lagi dilakukan di negeri Kelantan petang, kelmarin.

Artikel Berkaitan: