Rakyat Australia bakal dapat vaksin Covid-19 percuma

Scott Morrison
Scott Morrison
A
A
A

SYDNEY - Australia akan menawarkan suntikan dos percuma vaksin koronavirus (Covid-19) kepada seluruh rakyat negara itu.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Scott Morrison hari ini selepas memaklumkan Sydney telah mendapat akses kepada vaksin virus tersebut.

Menurut Morrison, Australia telah mencapai perjanjian dengan syarikat farmaseutikal Sweden-United Kingdom, AstraZeneca untuk mendapatkan vaksin Covid-19 yang dihasilkan bersama Oxford University.

"Jika vaksin itu terbukti berjaya, kami akan menghasilkannya dan membekalkan secara percuma kepada 25 juta penduduk negara ini," ujarnya.

Vaksin dihasilkan penyelidik Oxford itu adalah salah satu daripada lima vaksin yang telah menjalani ujian fasa ketiga untuk menentukan keberkesanannya dan para penyelidik berharap keputusan itu dapat diperoleh menjelang akhir tahun ini. - AFP

Artikel Berkaitan: