Bunuh 23 penghuni tahfiz: Peguam tertuduh failkan rayuan

Haijan (tengah) ketika ditemui media selepas selesai kes remaja lelaki yang membunuh 23 pelajar, guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Haijan (tengah) ketika ditemui media selepas selesai kes remaja lelaki yang membunuh 23 pelajar, guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peguam yang mewakili seorang remaja lelaki yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh 23 pelajar dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, September 2017 lalu akan memfailkan rayuan terhadap kes tersebut.

Haijan berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan kepada mahkamah rayuan bermula hari ini dalam tempoh 14 hari dan akan mengikuti prosedur seperti yang ditetapkan mahkamah.

Ketika ditanya media reaksi anak guamnya selepas hukuman dijatuhkan terhadap remaja itu, Haijan berkata sudah tentunya sedih.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa raya Julia Ibrahim berkata, beliau amat berpuas hati dengan keputusan yang ditetapkan mahkamah hari ini.

"Kita terima keputusan itu sebab kita sudah melakukan yang terbaik untuk kes ini dan Alhamdulillah hari ini selesai," katanya kepada media.

Julia berkata, sekarang pihaknya hanya menunggu peringkat rayuan daripada pihak pembelaan.

ARTIKEL BERKAITAN Kes bakar tahfiz: Remaja bersalah bunuh 23 individu

Artikel Berkaitan: