Rumah kedai dua tingkat terbakar

Rumah kedai dua tingkat di Taman Desa Permai terbakar pagi tadi. Foto: JBPM
Rumah kedai dua tingkat di Taman Desa Permai terbakar pagi tadi. Foto: JBPM
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebuah rumah kedai dua tingkat terbakar dalam kejadian di Taman Desa Permai, Sungai Lalang kira-kira jam 6.10 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihak bomba menerima panggilan pada jam 6.14 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian sejurus kemudian.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi pihaknya mendapati bahagian bawah rumah kedai terbabit telah terbakar namun tidak melibatkan mangsa.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya melaksanakan operasi memadam kebakaran dengan dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela Bedong," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan sedang dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api dan asap di lokasi.

Kebakaran dianggarkan memusnahkan 60 peratus bahagian di tingkat bawah rumah kedai tersebut.

Punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: