X

Kindly register in order to view this article
!

Depan kedai runcit, belakang tempat judi

Noorzainy
A
A

KEPALA BATAS - Jika dilihat dari luar, ia hanyalah sebuah kedai runcit. Bagaimanapun rahsianya terbongkar menerusi serbuan polis apabila mendapati di belakang kedai tersebut sebenarnya sebuah tempat perjudian.

Itu adalah salah satu modus operandi satu daripada enam premis perniagaan yang menjalankan kegiatan judi loteri haram di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, premis itu diserbu dalam Ops Dadu yang dijalankan bermula jam 2 petang semalam oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU.

Dalam operasi tersebut, katanya, enam premis diserbu di lokasi berbeza iaitu di Butterworth (dua), Tasek Gelugor (dua) dan masing-masing satu di Mak Mandin serta Seri Pinang.

"Selain kedai runcit, ada juga pemilik premis yang menjual kad prabayar di premis mereka untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

"Dalam serbuan itu, kita menahan lima lelaki dan seorang wanita tempatan untuk siasatan lanjut. Kesemua mereka berusia lingkungan 19 hingga 46 tahun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Noorzainy berkata, polis turut merampas peralatan yang digunakan untuk menjalankan kegiatan judi haram serta wang tunai berjumlah RM353.

"Kesemua tangkapan disiasat di mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4(i) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Kita akan sentiasa menjalankan pemantauan bagi membanteras kegiatan judi loteri awam haram dan judi dalam talian selain memastikan daerah SPU bebas daripada aktiviti tidak sihat ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!