'Bersatu perlu lebih matang isu pembahagian kerusi'

Nur Jazlan
Nur Jazlan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan supaya lebih matang dalam menuntut pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas parti itu menyertai Muafakat Nasional.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Bersatu kini sudah berpecah dua selepas bekas Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti politik baharu iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

"Bersatu harus bersetuju menerima bilangan kerusi yang lebih kecil dan munasabah dalam pilihan raya nanti.

"Kita berharap sisa Bersatu selepas dirobek oleh Pejuang ini akan lebih realistik dalam perihal masa depan mereka," katanya di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada sebab khianat parti sendiri, kata Muhyiddin

Nur Jazlan bagaimanapun berkata, beliau mengalu-alukan penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional bersama UMNO dan Pas.

"Bersatu akan menjadi pelengkap kepada UMNO apabila menyertai Muafakat Nasional,” katanya.

Muhyiddin semalam mengumumkan parti pimpinannya bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional.

Artikel Berkaitan:

Perdana Menteri itu dalam satu rakaman video berkata, ia adalah pilihan terbaik untuk Bersatu kerana penyatuan dengan UMNO dan Pas itu akan mewujudkan kestabilan politik dalam negara.