Pas arah batal program parti di Kedah

Musodak Ahmad
Musodak Ahmad
A
A
A

ALOR SETAR - Pas Kedah memutuskan agar semua program parti berbentuk perhimpunan di negeri ini dibatalkan atau dipinda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Setiausahanya, Musodak Ahmad berkata, langkah itu diambil mengambil kira pertambahan mendadak kes Covid-19 di negeri ini yang semakin membimbangkan.

Beliau berkata, ahli-ahli Pas juga dinasihatkan supaya mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan pihak berkuasa demi memastikan rantaian Covid-19 berjaya diputuskan.

"Marilah kita terus memantapkan munajat dan berdoa ke hadrat ALLAH SWT supaya mengangkat segera pandemik yang sedang melanda kita ini," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan terkini yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tujuh buah daerah di negeri ini merekodkan kes Covid-19.

Daerah itu ialah Kubang Pasu, Padang Terap, Kulim, Baling, Kuala Muda, Kota Setar dan Yan.

Artikel Berkaitan: