MB Kedah terkilan anak bekerjaya abai ibu bapa

Muhammad Sanusi (dua dari kiri) beramah mesra bersama asnaf semasa Majlis Sumbangan Bank Rakyat berjumlah RM97,000 kepada asnaf di Hotel Sik Inn hari ini.
Muhammad Sanusi (dua dari kiri) beramah mesra bersama asnaf semasa Majlis Sumbangan Bank Rakyat berjumlah RM97,000 kepada asnaf di Hotel Sik Inn hari ini.
A
A
A

SIK - Rakyat Kedah yang bekerja di luar negeri ini diingatkan agar tidak mengabaikan kebajikan ibu bapa mereka di kampung.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau terkilan apabila ada ibu bapa yang terpaksa memohon bantuan daripada kerajaan antaranya bantuan kebocoran bumbung, masalah lantai reput dan bekalan makanan sedangkan mereka mempunyai anak- anak yang bekerjaya di ibu negara.

"Saya ada menerima panggilan daripada individu yang meminta rumah orang tua mereka di kampung dibaiki sedangkan kehidupan mereka agak baik tetapi ambil sikap mudah dan lepas tangan, serah kehidupan ibu bapa kepada kerajaan.

"Bagi yang tidak mampu saya faham, bagi yang mampu tidak wajar menyerahkan urusan kepada pihak lain," katanya selepas Majlis Sumbangan Bantuan Bank Rakyat berjumlah RM97,000 kepada 11 asnaf di daerah Sik di Hotel Sik Inn di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed.

Beliau berkata, dalam kes berlainan, ada ibu bapa yang terpaksa berjumpa dengan wakil rakyat hanya untuk meminta dua keping atap.

"Saya rasa masyarakat patut menilai semula keprihatinan terhadap ibu bapa kerana anak-anak adalah harta ibu bapa. Ibu bapa tiada harta tetapi anak-anak yang ada kerja dan senang, bantulah mereka," katanya.

Artikel Berkaitan: