Doakan negeri terus kaya, makmur - MB Selangor

Amirudin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas, hari ini.
Amirudin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas, hari ini.
A
A
A

BATU CAVES - Seramai 400 penerima diberikan baucar membeli-belah sempena Tahun Baru Cina peringkat Dun Sungai Tua.

Baucar tersebut disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Amirudin dalam ucapan ringkasnya berkata, program sama dijalankan sejak 10 tahun lalu sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat khususnya warga emas dan golongan yang memerlukan.

Menurutnya, lebih RM2 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi sumbangan persiapan perayaan di Selangor.

"Selangor menyangkal dakwaan segelintir pihak yang kata kalau kerajaan negeri peruntukkan program ini secara tahunan akan menyebabkan kita miskin.

"Sebaliknya terbukti kerajaan negeri bertambah kaya, hasil semakin meningkat dan negeri semakin makmur," katanya selepas Program Shopping Tahun Baru Cina Dun Sungai Tua di sini.

Beliau berkata, kerajaan negeri gembira apabila keuntungan besar negeri dikongsi bersama rakyat,Beliau turut meminta rakyat terus mendoakan Selangor dilimpahi kekayaan dan kemakmuran dan rakyatnya hidup kekal sejahtera.

Artikel Berkaitan: