X

Kindly register in order to view this article
!

Apple kena bayar saman RM2 bilion

Gambar fail menunjukkan beberapa orang berjalan di luar sebuah kedai menjual produk Apple di Beijing, China. - Foto AFP
A
A

San Francisco - [DIKEMASKINI] Sebuah mahkamah mengarahkan Apple membayar lebih AS$500 juta (RM2 bilion) dalam bentuk ganti rugi dan faedah berhubung perlanggaran paten 4 Generasi (4G) kepada sebuah syarikat harta intelek, PanOptis.

Bagaimanapun, ia akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu yang diputuskan pada Selasa lalu.

Syarikat gergasi dari Amerika Syarikat (AS) itu kini bernilai hampir AS$2 trilion (RM8.38 trilion).

"Kami mengucapkan terima kasih kepada juri tetapi berasa kecewa dengan keputusan tersebut dan merancang untuk mengemukakan rayuan," kata Apple menerusi e-mel bagi menjawab pertanyaan daripada AFP.

PanOptis yang menumpukan kepada pelesenan paten menyaman syarikat itu di sebuah mahkamah pada Februari tahun lalu dan mendakwa ia enggan membayar penggunaan teknologi 4G Evolusi Jangka Panjang (LTE) dalam telefon bimbitnya, tablet dan jam tangan.

"Plaintif sudah berulang kali berunding dengan Apple untuk mencapai satu perjanjian bagi memperoleh lesen adil, munasabah dan tidak diskriminasi (FRAND) untuk paten portfolio yang mana Apple didapati melakukan perlanggaran.

"Rundingan menjadi tidak berjaya kerana Apple enggan membayar royalti FRAND," kata dokumen mahkamah.

FRAND merupakan lesen standard dalam sektor teknologi. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!