X

Kindly register in order to view this article
!

Tak semua penguat kuasa PBT buat salah: Amirudin

Amirudin Shari
A
A

SHAH ALAM - Tidak semua anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan kesalahan di luar batas undang-undang sebaliknya hanya sebahagian kecil yang terlibat atau dipercayai terlibat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, namun PBT diminta mengambil tindakan tegas jika benar-benar terdapat anggota penguat kuasa mereka mempunyai salah laku.

"Dalam soal ini kerajaan negeri tidak akan berkompromi sama sekali, ambil tindakan sewajarnya sekiranya perkara tersebut benar.

"Apa yang berlaku ini juga sesekali tidak akan melunturkan semangat dan membuatkan penguat kuasa berputus asa untuk melakukan penguatkuasaan," katanya selepas majlis penutup program Selangor Restart Hijrah Selangor di Plaza Alam Sentral hari ini.

Menurutnya, sebahagian besar penjawat awam melaksanakan tugas dengan baik dan bertanggungjawab.

"Saya percaya sebahagian besar daripada penjawat awam kita melakukan tugas dengan baik ada segelintir terlibat atau disyaki terlibat. Saya harap jika ada didapati melakukan kesalahan, perlu disiasat dengan seadil mungkin dan kita tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap mereka.

"Mereka berkorban dan berkhidmat cukup lama dan memastikan keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) sebelum ini, jadi mungkin ada sebahagian kecil yang bersikap luar batas undang-undang jadi kita merasakan wajar diambil tindakan sepatutnya," katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas dipercayai menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes judi Sungai Buloh: SPRM tahan pegawai MBSA

Seorang lagi anggota penguat kuasa MBSA ditahan SPRM

Empat penguat kuasa MBSA, penjual rokok seludup direman

Menurut sumber dalam operasi yang dijalankan bermula jam 9 pagi itu, tiga pegawai penguat kuasa berusia lingkungan 41 hingga 49 tahun ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika dipanggil memberi keterangan.

Siasatan mendapati dua penguat kuasa terbabit bertugas di cawangan Sungai Buloh dan seorang lagi di Shah Alam.

Selain itu, SPRM turut menahan peniaga rokok seludup warga Aceh yang tular menerusi Facebook Hot Burger Malaysia kelmarin kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!