Ibu bapa Jho Low, dua lagi diburu

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan ibu bapa kepada ahli perniagaan kontroversi, Jho Low bersama dua individu lain bagi membantu melancarkan siasatan skandal 1MDB.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohammad Fuzi Harun berkata,alamat terakhir ibu bapa Jho Low, iaitu Low Hock Peng dan Goh Gaik Ewe adalah di Tanjong Bungah Park, Pulau Pinang.

Beliau berkata, polis juga sedang memburu pereka fesyen, Shabnam Naraindas Daswani @ Nastasha Mirpuri, 55, warganegara Singapura serta seorang lagi individu, Tan Kim Loong, 41.

Katanya, alamat terakhir Nastasha Mirpuri ialah di Parkstone Road, Singapura manakala Kim Loong di Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur.

“Polis sedang mengesan mereka bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

“Orang ramai yang ada maklumat mengenai individu terbabit diminta menghubungi polis dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Orang ramai boleh menghubungi Superintendan Foo Wei Min melalui nombor 03-2610 1402 atau Deputi Superintendan Albany Hamzah menerusi nombor 019-241 2826 daripada Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (Amla).

ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan 1MDB dijangka selesai Mac

Artikel Berkaitan:

Semalam, Mohammad Fuzi menjelaskan, kertas siasatan kes 1MDB dijangka akan selesai pada Mac depan sebelum diserahkan kepada pejabat peguam negara.

Katanya, ketika ini polis dalam usaha melengkapkan semua kertas siasatan kes 1MDB.