Lepas kerat mayat rakan, pam dalam tandas

Mayat mangsa dipam dalam tandas di salah sebuah unit flat di kompleks apartmen Bachraj Paradise Society.
Mayat mangsa dipam dalam tandas di salah sebuah unit flat di kompleks apartmen Bachraj Paradise Society.
A
A
A

MUMBAI - INDIA. Seorang lelaki di India didakwa membunuh rakannya dan turut mengerat tubuhnya dan mengepamnya dalam tandas.

Perbuatan jenayah mengerikan itu terbongkar selepas penduduk di kompleks apartmen Bachraj Paradise Society di Mumbai menjumpai cebisan daging menyekat longkang premis tersebut.

"Kami turut menemui dua jari yang membuktikan ia adalah milik manusia," kata jurucakap polis, Jayant Bajbale, semalam.

Selepas mengesan bau busuk itu, polis menyerbu salah satu unit flat dan menjumpai peralatan yang digunakan untuk mengerat tubuh mangsa.

"Kami mengenal pasti penyewa itu dan memperdaya lelaki tersebut untuk datang ke flat terbabit sebelum memberkasnya," ujarnya.

Suspek berusia 40 tahun itu mengaku membunuh rakannya selepas pertengkaran kecil tercetus antara mereka.

Dia memberitahu polis, dia mengambil masa dua atau tiga hari untuk mengerat tubuh rakannya sebelum memasukkannya ke dalam beg dan dibuang di beberapa lokasi. - AFP

Artikel Berkaitan: