X

Kindly register in order to view this article
!

67 pelajar asrama dikesan jangkitan ILI

Syed Ibrahim (kiri) melihat persediaan yang dilakukan di sekolah tersebut. - Foto FB Datuk Seri Syed Ibrahim
A
A

TEMERLOH - Seramai 67 pelajar di sebuah Sekolah Menengah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI) di Kerdau di sini dikesan mengalami gejala Influenza Like Illness (ILI).

Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kesemua pelajar telah menjalani beberapa ujian termasuk saringan koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, kesemua pelajar terlibat dikenalpasti mengalami gejala ILI selepas mempunyai simptom demam, selesema dan batuk berikutan faktor cuaca yang panas sejak kebelakangan ini.

"Sebagai langkah pemerhatian kesemua pelajar terbabit yang tinggal di asrama telah diasingkan dan diletakkan di bawah kawalan khas.

Syed Ibrahim (empat dari kiri) ketika meninjau keadaan di sekolah terbabit semalam. - Foto FB Datuk Seri Syed Ibrahim
Syed Ibrahim (empat dari kiri) ketika meninjau keadaan di sekolah terbabit semalam. - Foto FB Datuk Seri Syed Ibrahim

"Menurut doktor semua terkawal. Semoga dengan bantuan awal ini pelajar terlibat sentiasa dalam peliharaan ALLAH dan dijauhi daripada segala yang tidak diingini," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, beliau bersama pelbagai pihak berkaitan telah turun padang bagi memastikan keselamatan pelajar terbabit dan bantuan awal seperti khemah dan baju keselamatan telah disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, selain sekolah tersebut, beberapa buah sekolah iaitu membabitkan empat buah sekolah menengah menengah agama dan satu kolej swasta di negeri ini telah disaring selepas menghadapi situasi sama.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!