X

Kindly register in order to view this article
!

SPRM siasat dakwaan pihak berkuasa lindungi premis judi haram

Tular dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius berhubung video tular yang mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, SPRM akan memberikan tumpuan kepada pegawai dan anggota penguat kuasa atas kesalahan menerima rasuah bagi melindungi premis-premis perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh.

"Saya telah menghubungi Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, pagi tadi dan beliau memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas premis-premis perjudian termasuk mana-mana pegawai yang melindungi aktiviti-aktiviti perjudian tersebut kerana kesalahan ini di bawah bidang kuasa PDRM.

"Pihak JIPS juga akan bekerjasama menyalurkan maklumat kepada SPRM jika ada pegawai dan anggota polis yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, masyarakat diminta untuk menyalurkan terus maklumat kepada SPRM dan tidak menghebahkan sesuatu isu di dalam media sosial kerana ia tidak akan membantu sebarang proses siasatan malahan memberi peluang kepada pihak-pihak terlibat menghapuskan bukti atau keterangan yang ada.

Terdahulu, polis akan memanggil seorang pemilik gerai burger dikenali sebagai Asri Janggut dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung video tular terbabit.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima dua laporan polis berhubung video berkenaan daripada Ketua Balai Sungai Buloh dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Katanya, video yang tular di media sosial itu boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej PDRM dalam menangani kegiatan perjudian di Sungai Buloh selain maklumat diberikan dalam video tersebut juga tidak tepat.

ARTIKEL BERKAITAN 'Sepatutnya polis ucap terima kasih kepada saya'

Tular video premis judi: Polis akan ambil tindakan, kata KPN

Polis cari pemilik akaun Facebook Asri Janggut


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!