Kes Covid-19 di India melebihi 2 juta

Sebanyak 62,538 kes baharu dikesan di India dalam tempoh 24 jam dengan sejumlah 886 orang meninggal dunia sejak Khamis. - Foto AP
Sebanyak 62,538 kes baharu dikesan di India dalam tempoh 24 jam dengan sejumlah 886 orang meninggal dunia sejak Khamis. - Foto AP
A
A
A

NEW DELHI - Kes Covid-19 di India melepasi angka dua juta pada Jumaat, mencecah 2,027,074, lapor agensi berita Xinhua, memetik Kementerian Kesihatan Persekutuan.

Sebanyak 62,538 kes baharu dikesan di negara ini dalam 24 jam terakhir. Sejumlah 886 orang meninggal dunia sejak Khamis, dengan jumlah korban kepada 41,585, menurut data kementerian.

Menurut data tersebut, 1,378,105 pesakit berjaya dirawat dan dikeluarkan dari hospital. Namun, masih terdapat 607,384 kes aktif di pelbagai hospital di seluruh negara.

Jumaat adalah hari kelapan berturut-turut apabila lebih 50,000 kes baharu didaftarkan di negara ini. Peningkatan mendadak ini terutama disebabkan oleh fokus pemerintah untuk meningkatkan pengujian sampel.

Berdasarkan data Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR), sejumlah 22,788,393 sampel telah diuji hingga 6 Ogos, dengan 639,042 sampel diuji pada Khamis - Bernama

Artikel Berkaitan: