X

Kindly register in order to view this article
!

Kluster Sivagangga: Surau Al-Jannah Seksyen 23 ditutup

Kenyataan media JAIS berhubung penutupan Surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam Kafa Integrasi Al-Jannah yang mempunyai konteks rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19.
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan jawatankuasa Surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam di sini menutup semua operasi surau termasuk solat Jumaat, solat fardu lima waktu berjemaah dan aktiviti pengimarahan di surau itu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, turut diarah tutup adalah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Integrasi Al-Jannah.

Menurutnya, penutupan itu dibuat berikutan terdapat ahli jemaah surau itu yang mempunyai konteks rapat dengan individu yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) yang ada kaitan dengan kes Sivagangga.

"Jawatankuasa surau hendaklah memastikan individu berkenaan menjalankan saringan Covid-19 dan melaporkan keputusan itu kepada JAIS," katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini.

Mohd Shahzihan berkata, seluruh kawasan surau dan sekolah itu perlu disanitasi serta-merta.

Katanya, surau itu hanya boleh beroperasi semula selepas mendapat kebenaran JAIS.

"Pada masa ini, hanya tiga petugas jawatankuasa dibenarkan untuk memimpin solat fardu di surau berkenaan.

"Jawatankuasa surau diarah untuk sentiasa memantau perkara ini dan mengingatkan jemaah serta ahli kariah meningkatkan langkah-langkah pencegahan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!