X

Kindly register in order to view this article
!

Chong King, Jun Hao 'bergasak' buru tiket Piala Thomas

Chong King berpeluang menempatkan diri dalam skuad Piala Thomas negara.
A
A

DUA pemain muda perseorangan lelaki, Lim Chong King dan Leong Jun Hao berpeluang cerah untuk menempatkan diri mereka dalam skuad negara bagi menghadapi kempen Piala Thomas di Denmark Oktober depan.

Baik Chong King mahupun Jun Hao, kedua-dua pemain itu membuktikan mereka wajar diberi peluang menggalas cabaran Malaysia di Aarhus nanti apabila merekodkan dua lagi kemenangan dalam Divisyen 2 Kejohanan Jemputan BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Selepas mencipta dua kemenangan awal pada hari pertama kelmarin, Chong King sekali lagi tampil bertenaga apabila mencipta kemenangan ke atas Ter Chun Long 19-21, 21-16, 21-13 dan Wyman Goh (21-16, 22-20).

Skrip sama turut dilakar Jun Hao yang juga bekas juara remaja Asia apabila menewaskan Wyman 20-22, 21-12, 21-17 sebelum dia menundukkan dengan kemenangan Muhammad Shaqeem Eiman 21-14, 21-18.

Dengan empat kemenangan yang dicapai setakat ini, Chong King dan Jun Hao berada menduduki kedudukan dua teratas dan secara automatik layak ke Divisyen 1 yang bakal bermula minggu depan.

Begitupun, tugas mereka lebih mencabar apabila bakal berentap dengan pemain senior seperti pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia selain Cheam June Wei dan Liew Daren bagi merebut tempat dalam skuad Piala Thomas negara.

Esok, Chong Kin dan Jun Hao akan berentap sesama sendiri bagi penentuan gelaran juara saingan yang diadakan secara liga sepusingan itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!