JKN Perak kesan seorang lagi wanita pakai gelang pink

Gambar terbaharu yang tular menunjukkan seorang wanita memakai gelang seakan gelang PUS di sebuah restoran di Ipoh.
Gambar terbaharu yang tular menunjukkan seorang wanita memakai gelang seakan gelang PUS di sebuah restoran di Ipoh.
A
A
A

IPOH - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang mengesan seorang wanita memakai 'gelang pink' di bawah pengawasan (PUS) menerusi gambar yang tular di media sosial.

Pengarahnya, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, aduan telah diterima berhubung gambar tersebut.

Beliau berkata, siasatan mengenainya sedang dilakukan untuk mengenalpasti wanita berkenaan.

"Pihak JKN Perak menerima aduan mengenai seorang pelanggan kedai makan di Ipoh yang kelihatan memakai gelang PUS.

"Laporan polis telah dibuat dan pihak JKN Perak sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk untuk mengenalpasti individu terbabit," katanya dalam kenyataan ringkas kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai satu gambar yang tular menunjukkan seorang wanita memakai gelang pink sedang membawa makanan di dalam sebuah restoran di sini.

Sebelum ini, gambar seorang wanita memakai gelang pink makan di sebuah restoran di Bandar Meru Raya di sini turut tular.

Bagaimanapun, individu tersebut berjaya dikesan dan disahkan positif Covid-19.

Artikel Berkaitan: