X

Kindly register in order to view this article
!

Shafie, Musa ada pengaruh tersendiri

Shafie Musa
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Tan Sri Musa Aman mempunyai pengaruh tersendiri dan menjadi individu penting mewakili parti masing-masing bagi memenangi hati rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
A
A

KOTA KINABALU - Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Tan Sri Musa Aman mempunyai pengaruh tersendiri dan menjadi individu penting mewakili parti masing-masing bagi memenangi hati rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Asri Salleh berkata, Ketua Menteri dan bekas Ketua Menteri Sabah itu juga mempunyai isu dan legasi tersendiri.

Beliau berkata, Mohd Shafie yang merupakan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berjaya menyelesaikan beberapa isu rakyat dalam tempoh dua tahun ini namun pada masa sama teruk dikecam apabila melanggar manifestonya sendiri.

“Di samping itu, Warisan juga turut dilemparkan dengan tuduhan ketirisan dalam penyampaian bantuan Covid-19 dan lembab menangani masalah banjir dan lain-lain,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Sementara itu, Asri menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pula dihimpit dengan isu legasi serta masalah semasa menjadi kerajaan sebelum ini.

“Kedua-duanya tidak boleh dikatakan mempunyai kelebihan signifikan namun, jika trend pengundi pada tahun 2018 diambil kira, saya fikir Warisan mengalami defisit kepercayaan agak besar pada masa ini seperti mana UMNO atau BN pada tahun 2018 dahulu,” kata Asri.

Ketika ditanya mengenai langkah UMNO Sabah akan mengetengahkan seramai 85 hingga 90 peratus muka baharu pada PRN Sabah itu sebagai satu strategi, Asri berkata, semua parti bertanding akan mengetengahkan calon baharu dan muda.

Beliau bagaimanapun berpandangan bahawa calon-calon lama sebenarnya masih lagi mempunyai pengaruh yang kuat.

“Namun begitu, sebahagian besar pengundi sekarang ialah pengundi muda. Jadi calon mestilah lebih banyak mencerminkan aspirasi dan semangat pengundi muda. Saya fikir strategi UMNO dan BN ini adalah sangat baik. Harap ia direalisasikan,” katanya.

Asri berkata, beliau percaya UMNO dan BN berada dalam keadaan yang lebih selesa kerana parti itu berada dalam mood ofensif iaitu kecenderungan untuk menyerang.

“Warisan lebih tertekan kerana berada dalam keadaan defensif. Langkah Musa juga telah mendedahkan lagi kepincangan struktur rantaian kuasa dalaman Warisan,” kata beliau lagi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!