X

Kindly register in order to view this article
!

Isu Jawi: Tiga NGO buat laporan polis terhadap Yu Hui

Muhammad Faiz (kiri) dan Hamdie (tengah) bersama wakil NGO membuat laporan polis terhadap Yu Hui di IPD Kuantan, semalam.
A
A

KUANTAN - Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pahang telah membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui kerana mencetuskan suasana tidak harmoni berhubung ketetapan kerajaan Pahang mewajibkan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda perniagaan di negeri itu.

Antara NGO yang terlibat ialah Pertubuhan Kebajikan Satu Kumpulan Global (OGG), Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah (Pekida) Pahang dan Pertubuhan Kebajikan Amal Ukhwah Bersatu (Ukhwah)

Penasihat OGG, Hamdie Basri berkata, tindakan Yu Hui memfailkan permohonan untuk mencabar ketetapan kerajaan Pahang untuk mewajibkan tulisan Jawi di papan tanda dan iklan di Mahkamah Tinggi Kuantan pada 30 Julai lalu mengecewakan dan dilihat boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk pada hari ini.

"Kita kecewa YB Yu Hui, saya harapkan tindakan yang dibuat tidak melambangkan keseluruhan kaum Cina.

"Jadi saya minta sokongan bagi mewakili kaum Cina tampil untuk membuat perkara (laporan) sama kerana perbuatan Yu Hui boleh mencetuskan suasana tidak harmoni sedangkan negara sekarang dalam keadaan aman dan damai," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.

Hadir sama, Pengerusi Sekretariat NGO Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim.

Hamdie berkata, pihaknya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera terhadap Yu Hui kerana menyentuh sensitiviti kaum Melayu dan keadaan itu dilihat boleh menjejaskan masyarakat antara kaum di Pahang.

Tambahnya, tindakan kerajaan Pahang melaksanakan tulisan Jawi adalah untuk memartabatkan penulisan itu tanpa mengenepikan penulisan Cina, India dan lain-lain bangsa di negeri ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!