X

Kindly register in order to view this article
!

Kaedah situasi menang-menang atasi tunggakan gaji pemain Kedah

Muhammad Sanusi
A
A

SATU Jawatankuasa Khas Kewangan akan diwujudkan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi mencari kaedah terbaik situasi menang-menang menyelesaikan tunggakan gaji pemain Lang Merah bagi bulan April, Mei, Jun dan Julai.

Bagaimanapun Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bagi tunggakan bulan Mac akan diselesaikan oleh persatuan tersebut sebelum 15 Ogos ini.

Menurutnya, pada Mesyuarat Majlis Eksekutif yang diadakan semalam, KFA maklum mengenai tunggakan bayaran gaji pasukan serta caruman dan bayaran lain sehingga ke tarikh hari ini.

"Pihak pengurusan komited dan akan melunaskan tunggakan gaji secara berperingkat. Jawatankuasa Khas Kewangan diwujudkan bagi mencari kaedah terbaik dalam situasi menang-menang kedua-dua pihak.

"Tunggakan April, Mei, Jun dan Julai 2020 akan dimaklumkan penyelesaian setelah rundingan mengenai pembayaran dilakukan dalam masa terdekat," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Muhammad Sanusi (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat KFA di sebuah hotel di Alor Setar semalam. - Foto Kedah KFA
Muhammad Sanusi (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat KFA di sebuah hotel di Alor Setar semalam. - Foto Kedah KFA

Tambah Sanusi, mesyuarat juga bersetuju mengekalkan pengurusan pasukan Liga Super Kedah sehingga tamat musim Liga Malaysia 2020 dan jumlah lantikan dalam pasukan akan dikaji semula.

"Ketika ini pasukan terdiri dari 48 individu dalam kalangan pemain dan pegawai dalam pasukan yang dirumuskan akan menjurus peningkatan bajet pasukan, " katanya.

Menurutnya, punca masalah dana penajaan tertunggak sebelum ini adalah disebabkan oleh perlaksanaan tanggungjawab secara ’one man show’ dalam penajaan, pengurusan kewangan, penentuan gaji pemain dan pengurusan pasukan.

"Tindakan drastik penubuhan Jawatankuasa Khas Kewangan adalah bagi mengatasi beban hutang sejak September 2019, malah jumlah tunggakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setakat ini adalah RM3.8 juta dan perlu diselesaikan segera," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!