United kena sambar segera khidmat Sancho, Grealish

Jack Grealish
Jack Grealish
A
A
A

RYAN Giggs merasakan bahawa Manchester United harus merekrut Jadon Sancho dan Jack Grealish ketika Ole Gunnar Solskjaer giat berusaha memperkuat skuadnya menjelang sepak mula saingan Liga Perdana lnggeris (EPL) musim depan.

The Red Devils yang kembali ke saingan Liga Juara-Juara musim depan pada ketika ini giat menandatangani pemain berkaliber dan lebih berkualiti selepas mengisi slot liga berprestij kelab Eropah itu.

Pada masa sama usaha menarik beberapa nama besar ke Old Trafford juga sebagai usaha United untuk merapatkan jurang saingan dengan Liverpool dan Manchester City.

Bintang Borussia Dortmund, Sancho dan kapten Aston Villa, Grealish adalah dua nama yang sering dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford pada musim panas ini, dengan dipercayai berada di puncak senarai impian Solskjaer.

Ikon United, Giggs, yang kini menguruskan Wales berharap dana akan disediakan untuk bekas rakan sepasukannya yang telah menghabiskan banyak perbelanjaan seperti Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka dan Bruno Fernandes.

“Sancho dan Grealish akan menjadi tambahan yang bagus untuk Solskjaer pada saingan sengit pada musim depan.

“Saya percaya Grealish sudah biasa dengan atmosfera Liga Perdana Inggeris dan tidak perlu menyesuaikan diri, itu sudah bagus buat Manchester United.

“Bagi saya dari luar, nampaknya dia mempunyai mental untuk datang ke tempat ini dan tidak mengganggunya.

Artikel Berkaitan:

“Musim ini juga dia sudah cemerlang apabila meledak 10 gol tanpa disumbangkan menerusi penalti,” katanya.

Mengenai Sancho pula jelas Giggs, pemain itu memiliki ketenangan karakter yang cukup menyakinkan apabila memasuki kawasan penalti lawan.

Jadon Sancho
Jadon Sancho

“Sancho bukan sahaja pantas tetapi juga pemain yang cerdas. Apa yang saya suka tentangnya adalah ketika dia dengan bola terakhir, dia tidak panik. Kadang-kadang kebanyakan pemain membuat hantaran cepat tetapi sebaliknya dia memilih hantaran yang tepat.

“Grealish dan Sancho adalah dua pemain keutamaan yang saya akan rekrut sekiranya masih di sini,” katanya.

Manchester United mengakhiri kempen domestik dengan cemerlang dan berpeluang memenangi kejuaraan Liga Europa apabila menentang LASK pada pusingan kedua Pusingan 16 Liga Europa dijadualkan 6 Ogos ini.