DBKL sedia tempat luah bakat grafiti

Nor Hisham berjalan kaki meninjau lokasi yang berpotensi sebagai lokasi pelancongan domestik melibatkan bangunan dan tapak sejarah di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.
Nor Hisham berjalan kaki meninjau lokasi yang berpotensi sebagai lokasi pelancongan domestik melibatkan bangunan dan tapak sejarah di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa lokasi yang disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai kemudahan untuk peminat seni lukis mengekspresi bakat lukisan grafiti tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, antaranya di Jalan Raja Laut, Jalan Sultan, Bangsar dan Pudu yang sepatutnya diperindah dan dibersihkan menjadi tempat contengan dan vandalisme.

"Tempat untuk 'membaling cat' dan 'meluahkan perasaan' itu tidak digunakan tetapi kawasan yang sudah dicantikkan, bangunan atau kiosk yang dicat baharu menjadi tempat melepaskan geram," katanya mengulas isu vandalisme dalam kalangan warga kota.

Beliau ditemui ketika berjalan kaki meninjau lokasi Jejak Warisan Kuala Lumpur dalam satu program yang diadakan baru-baru ini.

Mengulas lanjut katanya, DBKL menguatkuasakan undang-undang kecil (UUK) sedia ada ada bagi mendisiplinkan pengguna.

"Jika ditangkap tindakan sewajarnya akan dikenakan mengikut peruntukan UUK sedia ada.

"DBKL menyediakan peruntukan bagi vandalisme mengikut keperluan namun yang utamanya warga kota perlu mempunyai tanggungjawab menjaga harta benda bersama dan menjaga imej Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan: