X

Kindly register in order to view this article
!

Suspek keluar kata-kata kufur ditembak mati di Pakistan

Penembak itu yang merupakan rakan Facebook mangsa sudahpun ditahan. - Foto hiasan 123RF
A
A

KARACHI - Seorang lelaki yang dituduh mengeluarkan kata-kata kufur terhadap Tuhan ditembak mati pada Rabu semasa perbicaraan kes itu di sebuah mahkamah di barat laut Pakistan, menurut polis dan media tempatan lapor agensi berita Anadolu.

Insiden itu berlaku di sebuah kompleks kehakiman di Peshawar dekat sempadan Afghanistan, apabila plaintif melepaskan tembakan kepada tertuduh semasa perbicaraan.

Ketua Polis Mohammad Ali Gandapur memberitahu wartawan, penembak itu yang merupakan rakan Facebook mangsa sudahpun ditahan.

Mengeluarkan kata-kata kufur terhadap Tuhan merupakan satu kesalahan jenayah di Pakistan yang boleh membawa hukuman mati.

Walaupun negara itu tidak pernah mensabitkan mana-mana individu di bawah undang-undang itu, kes berkenaan telah menimbulkan protes besar-besaran dan keganasan.

Terdapat hampir 600 kes berkaitan ditangguhkan di mahkamah, dua pertiga daripadanya melibatkan orang Islam, menurut media tempatan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus