X

Kindly register in order to view this article
!

Kagum dengan EPL dan Liga Kejuaraan

Crespo
A
A

BEKAS bintang Argentina, Hernan Crespo mahu kembali ke England selaku pengurus pasukan bagi mengikut jejak langkah bekas juratihnya, Marcelo Bielsa.

Menurut Crespo, dia begitu berminat dengan aspek-apsek pengurusan pasukan dan memilih England sebagai destinasi untuk belajar lebih lanjut dalam bidang pengurusan.

Katanya, dia masih baharu dalam bidang pengurusan dan pada ketika ini sedang melatih pasukan keempatnya, Defensa y Justiciadi Argentina, setelah Banfield, Modena dan pasukan belia, Parma dalam saingan Serie A.

"Saya gembira beraksi di England, pergi ke sesi latihan dan gembira bersama-sama penyokong. Sebab itulah sebagai pengurus, saya mahu kembali seperti itu. Saya mengkagumi EPL dan juga Liga Kejuaraan.

"Bergelar seorang jurulatih adalah sesuatu yang indah. Berada di sini Jose (Mourinho) di Chelsea dan Inter, saya belajar bahawa (tanggungjawab) pengurus adalah 360 darjah, iaitu berurusan dengan pihak media, doktor, pemain, kakitangan, suasana, penyokong dan sebagainya.

"Ketiga-tiga mereka (Mourinho, Bielsa dan Carlo Ancelotti), telah membuka minda saya kepada perkara-perkara seperti itu," katanya.

Tambah Crespo, biarpun dia pernah beraksi di bawah kendalian ramai jurulatih hebat, tetapi corak latihan yang akan diterapkannya adalah berdasarkan kepada gaya serta kaedahnya sendiri.

"Saya kagum dengan Marco Van Basten, Romario tetapi saya tak boleh menjadi seperti mereka, saya hanya boleh menjadi, Hernan Crespo.

"Saya juga akan melabelkan nama saya tanpa meniru sesiapa. Bagi saya, ia adalah mengenai identiti dan saya sukakan jurulatih/pengurus yang memiliki identiti seperti Pep Guardiola atau Diego Simeone atau Jurgen Klopp,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!