Sekolah kawasan selamat daripada Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengisytiharkan sekolah sebagai kawasan selamat daripada wabak koronavirus (Covid-19).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengisytiharkan sekolah sebagai kawasan selamat daripada wabak koronavirus (Covid-19).
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengisytiharkan sekolah sebagai kawasan selamat daripada wabak koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada jaminan keselamatan di luar kawasan sekolah.

"Sekolah masih kawasan selamat. Isunya sekarang di luar sekolah," katanya pada sesi libat urus KKM bersama media di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengelakkan kesesakan di luar sekolah terutamanya selepas tamat sesi pembelajaran.

"Mungkin boleh lepaskan (murid pulang) secara berperingkat, jadi kita boleh kurangkan risiko," katanya.

Pada perkembangan sama beliau berkata, KKM bekerjasama dengan KPM untuk memasukkan aspek kesihatan awam sebagai silibus pendidikan.

"Kita telah ambil tindakan untuk masukkan silibus kesihatan awam," katanya.

Artikel Berkaitan: