Kesalahan Najib kerana teramat percayai orang : Peguam

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah terhadap ketujuh-tujuh pertuduhan melibatkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. - Foto Bernama
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah terhadap ketujuh-tujuh pertuduhan melibatkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa kesalahan Datuk Seri Najib Tun Razak, yang didapati bersalah terhadap semua tujuh pertuduhan hari ini, adalah semata-mata beliau teramat mempercayai orang.

Peguam Utama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Najib, 67, bagaimanapun sanggup dipersalahkan, kerana kesalahan beliau dalam mempercayai orang yang seharusnya menguruskan syarikat berkenaan - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga SRC International Sdn Bhd.

"Dalam keadaan tertentu, percayanya keterlaluan," kata Muhammad Shafee.

Najib didapati bersalah terhadap semua tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) pengubahan wang haram, dan menyalahgunakan kedudukannya, melibatkan wang RM42 juta dalam dana SRC International Sdn Bhd.

Peguam itu menambah anak guamnya telah melalui pelbagai bentuk hukuman, apabila beliau didakwa di sekurang-kurangnya empat mahkamah, sebagai tambahan diburu oleh jabatan cukai (Lembaga Hasil Dalam Negeri).

“(Tuntutan) wang dalam jumlah yang terlalu besar hingga tidak masuk akal dikenakan terhadapnya sebagai tunggakan cukai, atau pendapatan yang dikenakan cukai, sehingga RM1.69 bilion - jumlah yang amat mengejutkan bagi seorang individu,” katanya dan merayu supaya hukuman dijalankan serentak.

Muhammad Shafee dalam memohon hukuman ringan turut menceritakan perjalanan politik Najib di hadapan Hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, sebelum hakim berkenaan menjatuhkan hukuman terhadap bekas perdana menteri itu, selepas dia didapati bersalah terhadap semua tujuh pertuduhan.

“Najib merupakan Menteri Besar yang paling muda dalam negara pernah dilantik ke jawatan itu, semasa umurnya 29 tahun, dan pernah menerajui beberapa kementerian sepanjang perjalanan politiknya, di samping menjadi Perdana Menteri selama sembilan tahun,” katanya.

Artikel Berkaitan:

“Beliau turut memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis semasa dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan,” tambahnya. - Bernama