X

Kindly register in order to view this article
!

Dr Noor Hisham kecewa melihat perhimpunan di mahkamah

Penyokong Najib Razak berkumpul tanpa mematuhi SOP PKPP di luar pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto ihsan pembaca. Dr Noor Hisham - Foto fail Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan kekecewaannya melihat perhimpunan di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Menerusi ciapannya di Twitter, Dr Noor Hisham berkata, setiap hari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingat orang ramai supaya patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Sudah terang lagi bersuluh, setiap hari KKM ingatkan penjarakkan sosial satu meter, memakai pelitup muka dan cuci tangan dengan sabun.

"Sedih bila melihat keadaan begini yang tiada kawalan kendiri," katanya.

Terdahulu, kehadiran ramai penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini dibimbangi mewujudkan kluster baharu Covid-19.

Keadaan sesak itu menyebabkan polis terpaksa menggunakan pembesar suara untuk mengingatkan orang ramai yang hadir sejak awal pagi untuk mengikuti keputusan perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang melibatkan Najib supaya mematuhi SOP dan memakai pelitup muka bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!