X

Kindly register in order to view this article
!

PBT diminta pantau bendera koyak, lusuh di NS: MB

Menteri Besar, semasa melancarkan Majlis Kibar Jalur Gemilang 2020 peringkat Negeri Sembilan dekat sini hari ini.
A
A

SEREMBAN - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta untuk memantau serta menurunkan semua bendera Jalur Gemilang yang koyak dan lusuh di kawasan masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, PBT harus bergerak aktif dalam mengenalpasti mana-mana bendera lusuh dan koyak agar ia tidak mencemarkan semangat patriotik.

"Saya meminta semua PBT di kawasan masing-masing memantau jika ada bendera yang koyak atau lusuh agar diturunkan segera.

"Kita perlu menghargai dan menghormati Jalur Gemilang dengan semangat yang penuh patriotik kerana itu adalah kebanggaan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibarkan Jalur Gemilang 2020 Peringkat Negeri di Dewan Bandaraya Seremban dekat sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ghazali Malek.

Dalam pada itu, Amiruddin meminta semua MPKK termasuk di kampung tradisi dan kampung baru mengibarkan Jalur Gemilang di kampung masing-masing bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan.

Katanya, setiap masyarakat perlu mempunyai rasa tanggungjawab dan semangat patriotisme bangga menjadi rakyat Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang, sama ada di rumah mahupun premis perniagaan masing-masing.

Tambahnya, tahun ini tiada sebarang perarakan kemerdekaan, namun kerajaan negeri melalui Jabatan Penerangan telah menyusun pelbagai program dan aktiviti sambutan kemerdekaan.

"Sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini di Negeri Sembilan, beberapa pengisian program telah dirancang sepanjang bulan kebangsaan yang akan diterajui oleh Jabatan Penerangan Negeri Sembilan melalui tiga pendekatan iaitu Merdeka Moment, Merdeka Community Bonding dan Info On Wheels Merdeka.

"Saya percaya aktiviti seperti Info On Wheels Merdeka (IOW Merdeka), [email protected], Pertandingan Pidato Kenegaraan, Sayembara Puisi Merdeka, Pertandingan Pengisahan Kenegaraan, Pertandingan Fotografi [email protected] dan pelbagai lagi akan menaikkan semangat patriotisme serta rasa cintakan negara selain memberi peluang penyertaan kepada setiap lapisan masyarakat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!