Sungai di daerah Sik di paras bahaya

Beberapa buah rumah di Sik ditenggelami air setelah hujan lebat dalam tempoh beberapa jam.
Beberapa buah rumah di Sik ditenggelami air setelah hujan lebat dalam tempoh beberapa jam.
A
A
A

SIK - Paras air sungai sekitar daerah ini dilaporkan berada pada paras bahaya selepas 46 buah rumah dari lima buah kampung ditenggelami air sehingga awal pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sik, Leftenan (Pa) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, antara kampung terjejas termasuk Kampung Lubuk Tualang (10), Kampung Tanjung Setar (13), Kampung Kemelong, Kampung Jerai (20) dan Kampung Landai (tiga).

Menurutnya, pemantauan telah dibuat di kawasan terlibat di mana hanya seorang penduduk dipindahkan dari kawasan berisiko sementara mangsa lain dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

"Setakat ini, tiada pusat pemindahan dibuka namun pemantauan ke kawasan terjejas masih dijalankan," katanya.

Paras air sungai dilaporkan berada pada paras bahaya ketika bacaan diambil kira-kira jam 3 pagi tadi.
Paras air sungai dilaporkan berada pada paras bahaya ketika bacaan diambil kira-kira jam 3 pagi tadi.

Menurutnya, hujan lebat pada jam 6.30 petang Sabtu lalu menyebabkan air mulai naik di Kampung Lubuk Tualang dan Tanjung Setar.

"Ia disusuli dengan hujan lebat dan ribut petir pada jam 5.50 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air termasuk di Kampung Kemelong," katanya.

Katanya, pemantauan pagi tadi menunjukkan paras air sungai di sekitar daerah Sik berada pada paras bahaya.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini, air dah surut bagaimanapun ia bergantung kepada cuaca petang nanti," katanya.