X

Kindly register in order to view this article
!

Pengawal keselamatan maut diserang gajah

Kereta milik mangsa kemek di bahagian depan dan belakang dipercayai dipijak gajah liar di Lombong Pasir Batu 6, Simpang Perani, Mawai, Kota Tinggi, hari ini.(Kesan tapak kaki gajah liar.)
A
A

KOTA TINGGI - Seorang pengawal keselamatan maut selepas diserang sekumpulan gajah liar di Lombong Pasir Batu 6, Simpang Perani, Mawai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, mangsa, 56, dipercayai diserang antara dua hingga tiga ekor gajah pada jam 10.30 pagi.

"Lelaki berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Hasil siasatan di tempat kejadian, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan lebam pada bahagian badan disyaki diserang gajah liar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati terdapat kesan tapak kaki gajah dan juga kesan seretan gajah terhadap mangsa di tempat kejadian.

"Kereta jenis Honda milik mangsa juga didapati kemek pada bahagian bonet dan pintu," katanya.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!