Scam kad ATM: Pemandu lori dipenjara 12 bulan

Tertuduh diiringi polis sewaktu hadir di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
Tertuduh diiringi polis sewaktu hadir di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majisret Kuala Terengganu hari ini atas kesalahan menerima harta curi iaitu wang tunai RM30,000 yang diperoleh melalui penipuan Scam kad ATM.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Sharuddin Sulaiman, 49, setelah dia didapati bersalah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menerima harta curi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat curang telah menerima harta curi iaitu wang tunai sebanyak RM30,000 kepunyaan seorang warga emas berusia 60 tahun dengan mengetahui harta tersebut adalah harta curi.

Kesalahan itu dilakukan pada 8 Ogos 2018, kira-kira jam 11.30 pagi bertempat di ATM Bank Islam Tabung Haji Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Dengan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh bagaimanapun membuat rayuan penangguhan hukuman kerana akan membuat permohonan rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Majistret Abdul Hayyi kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hisham Mohd Nazir.

Artikel Berkaitan: