Covid-19: 549 jangkitan baharu di Australia, 10 terkorban

Sehingga hari ini, Victoria, Asutralia mempunyai lebih 600 kes aktif yang berkaitan dengan pusat penjagaan orang tua. - Foto 123RF
Sehingga hari ini, Victoria, Asutralia mempunyai lebih 600 kes aktif yang berkaitan dengan pusat penjagaan orang tua. - Foto 123RF
A
A
A

SYDNEY - Australia mencatat lonjakan kes harian terbesar koronavirus (Covid-19) hari ini dengan 549 jangkitan baharu manakala 10 orang meninggal dunia semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Semua kematian dan hampir kesemua kes dilaporkan di tenggara Victoria dan negeri itu juga mencatatkan tambahan enam kematian hari ini menjadikan angka korban seluruh negara seramai 161 orang.

Rumah jagaan warga emas Victoria menjadi tumpuan khusus pihak berkuasa apabila kebanyakan yang meninggal dunia akibat virus itu berusia 70-an dan 80-an.

Sehingga hari ini, Victoria mempunyai lebih 600 kes aktif yang berkaitan dengan pusat penjagaan orang tua.

Perdana Menteri Scott Morrison berkata, memandangkan kes kekal pada paras tinggi, warga tua adalah yang paling berisiko.

"Jika ingin melindungi golongan yang lemah dalam komuniti kita, sangat penting untuk kita mematuhi penjarakkan sosial," kata Morrison.

Minggu lalu Victoria memperkenalkan peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka di ibu negara di Melbourne.

Sementara itu, negeri jiran New South Wales mencatatkan 17 kes baharu Covid-19 di tengah-tengah kebimbangan Sydney yang juga menyaksikan peningkatan kes.

Artikel Berkaitan:

Kes di Sydney setakat ini melibatkan segelintir restoran serta bar menyebabkan tindakan keras dan sekatan ketat di kawasan-kawasan berkaitan. - Bernama