721 ahli umum keluar PKR, 2,500 lagi didakwa bakal menyusul

Mohd Ramly (depan dua dari kiri) dan sebahagian daripada ahli-ahli PKR Cabang Tebrau yang mengisytiharkan keluar parti menanggalkan baju PKR di Pusat Komuniti Zon Ciku, Taman Kota Masai, Pasir Gudang hari ini.
Mohd Ramly (depan dua dari kiri) dan sebahagian daripada ahli-ahli PKR Cabang Tebrau yang mengisytiharkan keluar parti menanggalkan baju PKR di Pusat Komuniti Zon Ciku, Taman Kota Masai, Pasir Gudang hari ini.
A
A
A

PASIR GUDANG - Seramai 721 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tebrau di sini mengumumkan keluar parti hari ini selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti.

Naib Ketua PKR Cabang Tebrau, Mohd Ramly Ahmad berkata, mereka yang keluar PKR itu melibatkan pemimpin-pemimpin utama termasuk ketua-ketua sayap parti daripada enam Ranting PKR di Taman Kota Masai.

"Seramai 721 ahli yang keluar parti pada hari ini adalah fasa pertama. Fasa kedua akan mengumumkan keluar parti selepas Hari Raya Aidiladha, manakala fasa ketiga pada pertengahan Ogos ini.

"Semuanya akan melibatkan 2,500 ahli daripada 7,500 ahli PKR Cabang Tebrau. Kita buat secara berperingkat-peringkat kerana tidak mahu majlis keluar parti diadakan secara bersesak-sesak," katanya pada sidang akhbar di Pusat Komuniti Zon Ciku, Taman Kota Masai di sini hari ini.

Mohd Ramly yang juga Timbalan Pengerusi Tetap Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat dan Exco AMK Pusat berkata, secara rasminya enam ranting iaitu Ranting Jalan Ciku, Jalan Delima, Jalan Tembikai, Jalan Mangga, Jalan Kuini dan Jalan Pulasan sudah terbubar.

Mohd Ramly (tengah) dan sebahagian daripada ahli-ahli PKR Cabang Tebrau mengiystiharkan keluar parti di Pusat Komuniti Zon Ciku, Taman Kota Masai, Pasir Gudang hari ini.
Mohd Ramly (tengah) dan sebahagian daripada ahli-ahli PKR Cabang Tebrau mengiystiharkan keluar parti di Pusat Komuniti Zon Ciku, Taman Kota Masai, Pasir Gudang hari ini.

Menurutnya, segala butiran serta senarai mereka yang keluar parti akan diserahkan kepada pucuk pimpinan minggu depan.

Tambahnya, keputusan mereka keluar parti tidak didorong atau dibayar mana-mana pihak sebaliknya atas kerelaan masing-masing selepas melihat kepincangan dalam parti yang semakin parah.

Artikel Berkaitan:

"Kami menganggap PKR sudah tidak relevan lagi dan kepimpinan sedia ada lebih kepada diktator. Mana-mana ahli yang tidak sefahaman akan terus 'dimatikan' selain tujuan asalnya yang mahu wujudkan demokrasi sudah berkubur.

"Malah nama parti yang menggunakan perkataan 'Keadilan' juga sudah berkubur. Tidak ada lagi makna keadilan seperti yang diperjuangkan. Siapa yang tidak sehaluan akan dipancung termasuk bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali," katanya.

Mohd Ramly bagaimanapun berkata, mereka masih belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti lain tetapi ketika ini mengambil pendirian menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau juga mengakui ada menerima pelawaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mazlan Bujang untuk menyertai parti itu dan sedia menimbangkannya.

Malah, katanya, mereka turut berhasrat melibatkan diri dalam empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.