Kerajaan belum putuskan tubuh RCI TH

Marzuk - Foto Bernama
Marzuk - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan salah laku dan penjualan aset dalam Tabung Haji akan diputuskan selepas penelitian terperinci dilakukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaari berkata, sehingga kini tiada keputusan secara rasmi siasatan yang hendak dilakukan sama ada melalui RCI atau siasatan dalaman.

"Bagaimanapun semua maklumat disampaikan kerajaan melalui perbahasan ahli Parlimen atau memo akan diteliti oleh kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya akan teliti isu TH dengan adil'- Zulkifli

Tubuh segera RCI Tabung Haji, gesa Pemuda UMNO

Tubuh RCI bagi tamatkan kemelut Tabung Haji

Saya tidak ada kes dituduh atas TH, kata Abdul Azeez

"Kita akan melihat sewajarnya apakah keperluan sepatutnya kita lakukan," katanya kepada pemberita di selepas menghadiri Mesyuarat Dewan Pemuda Pas Pengkalan Chepa di bangunan Purnama, di sini.

Artikel Berkaitan:

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim yang pernah mengemudi Tabung Haji untuk menubuhkan RCI bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai isu pengurusan kewangan dan aset badan itu.

Mengulas lanjut, Marzuk berkata, semua memorandum dan fakta yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen semasa perbahasan di Dewan Rakyat akan diteliti oleh pihak kerajaan termasuk melibatkan soal penstrukturan aset dan hutang badan itu.