DBKL bangunkan 353 tapak, bangunan bersejarah

Nor Hisham (kiri) sempat singgah di reruai karikatur terletak di hadapan Bank Muamalat sewaktu berjalan kaki meninjau Jejak Warisan KL, Kuala Lumpur hari ini.
Nor Hisham (kiri) sempat singgah di reruai karikatur terletak di hadapan Bank Muamalat sewaktu berjalan kaki meninjau Jejak Warisan KL, Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 353 tapak dan bangunan bersejarah di pusat bandar raya ini dikenal pasti berpotensi untuk dipromosikan sebagai produk pelancongan tempatan.

Ia termasuk Panggung Bandaraya yang terletak di hadapan Dataran Merdeka yang bakal memulakan operasi sebagai pusat kesenian dan budaya pada 1 Ogos ini tanpa dikenakan sebarang bayaran masuk.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, inisiatif itu bertujuan merancakkan pelancongan domestik yang terjejas susulan kononavirus (Covid-19).

Menurutnya, daripada 353 tapak lokasi berpotensi, sebanyak 17 penceritaan sejarah sudah dikumpulkan yang 11 daripadanya boleh dilawati dengan hanya berjalan kaki, manakala selebihnya perlu menggunakan pengangkutan disebabkan jaraknya yang jauh antara satu lokasi ke lokasi lain.

"Penceritaan sejarah di Lebuh Ampang merupakan salah satu Jejak Warisan Kuala Lumpur yang kini boleh diteroka pelancong dengan hanya berjalan kaki sejauh 1.5 kilometer melihat 17 tapak atau bangunan lama.

"Contohnya, terdapat masjid lain telah wujud sekitar 1870-an dikenali sebagai Masjid Java Street di Masjid Jamek. Namun sejarah itu tak ramai yang tahu dan inilah yang cuba kita kongsikan kepada orang ramai," katanya ketika tinjauan Jejak Warisan KL di sini hari ini.

Nor Hisham (dua dari kiri) berjalan kaki dari Lobi Menara DBKL 1 menuju ke Laman Masjid Jamek sewaktu melawat Jejak Warisan KL di Kuala Lumpur hari ini.
Nor Hisham (dua dari kiri) berjalan kaki dari Lobi Menara DBKL 1 menuju ke Laman Masjid Jamek sewaktu melawat Jejak Warisan KL di Kuala Lumpur hari ini.

Nor Hisham berkata, projek Jejak Warisan KL telah mendapat pengesahan daripada pemilik dan waris bangunan sepanjang proses identifikasi yang mengambil masa kira-kira lapan bulan.

Artikel Berkaitan:

"DBKL turut mengalu-alukan sebarang kerjasama dari mana-mana pihak untuk berkongsi mengenai sejarah tapak atau bangunan mereka.

"Pada masa sama, kita juga meminta kerjasama supaya pemilik bangunan ini menjaga harta benda masing-masing dan menyalurkan maklumat jika terdapat aktiviti vandalisme yang boleh menjejaskan imej laluan pelancongan," katanya.

Mengulas kemungkinan wujud bangunan terbiar di sepanjang jajaran terbabit, beliau berkata, DBKL bersedia melaksanakan kerja baik pulih dan pembersihan namun kos tersebut akan ditanggung oleh pemilik.